BERITA SEMASA

Peletakan jawatan Akmal sebagai EXCO akan dipertimbangkan – Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri itu akan dipertimbangkan.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka berkata, ketetapan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal itu merupakan hak beliau sebagai Ketua Menteri.

Ab Rauf bagaimanapun menjelaskan, beliau masih menunggu surat rasmi peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal dan menghormati keputusannya, selain menyifatkan ketetapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sebagai ‘karya mengikut cara pemuda’.

“Dia umum letak jawatan EXCO kerajaan negeri, pengumuman ini untuk memberitahu dia meletak jawatan.

“Namun, saya sebagai Ketua Menteri akan menunggu surat rasmi untuk mempertimbangkan sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan beliau dan ia tertakluk kepada perbincangan nanti.

Related Articles

“Saya juga akan meneliti dan menilai daripada sudut kaedah bagaimana untuk menguruskan isu ini dalam masa terdekat,” katanya, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button