UMNO belum terima pemakluman rasmi Akmal mahu letak jawatan – Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR – Parti UMNO masih belum menerima sebarang pemakluman atau surat rasmi mengenai dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kepimpinan parti tidak bergantung kepada hantaran media sosial atau dakwaan yang tidak disahkan.
Setakat ini, katanya, tiada sebarang makluman rasmi atau pengesahan bertulis diterima berhubung perkara itu.
“Tiada. Sebagai setiausaha agung parti, kami tidak membuat keputusan berdasarkan apa yang diperkatakan di media sosial atau khabar angin yang tersebar,” katanya apabila ditanya mengenai dakwaan peletakan jawatan Akmal.
Desas desus itu mula timbul susulan laporan media yang mendakwa Akmal sudah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan bukan sahaja sebagai Ketua Pemuda UMNO, malah juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau.
Laporan yang memetik sumber itu turut berkata, Akmal memaklumkan hasratnya itu kepada sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO melalui mesej WhatsApp semalam ketika beliau berada di Shanghai, China.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








