BERITA SEMASA

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan empat negeri di Semenanjung dan Sarawak susulan keadaan cuaca tidak menentu yang dijangka berlarutan sehingga awal minggu depan.

Dalam satu kenyataan, MET Malaysia memaklumkan, hujan berterusan dijangka di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, selain seluruh Terengganu serta beberapa daerah di Pahang, iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain itu, hujan berterusan turut dijangka di Johor meliputi Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga esok.

Di Sarawak, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu dijangka mengalami keadaan cuaca sama dalam tempoh berkenaan.

Orang ramai khususnya di kawasan berisiko dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat, tanah runtuh dan kenaikan paras air sungai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button