BERITA SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri pagi ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak, yang dijangka berlarutan sehingga jam 10 pagi, hari ini.

Menurut kenyataan agensi itu, antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Rompin di Pahang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor, serta Kapit di Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan susulan tanda-tanda kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi tempoh satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada, khususnya penduduk di kawasan terlibat, serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button