Ribut Tropika Senyar makin melemah – MET Malaysia
KUALA LUMPUR – Ribut Tropika Senyar yang melanda negara sejak beberapa hari lalu kini dilaporkan semakin lemah dan diturunkan taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah selepas memasuki kawasan daratan Semenanjung Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, pusat sistem berkenaan kini berada di tengah Semenanjung dan bergerak perlahan ke arah timur menuju perairan Laut China Selatan.
“Berdasarkan cerapan radar, Senyar memasuki (landfall) kawasan pantai berhampiran sempadan Selangor–Negeri Sembilan sekitar tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Walaupun semakin lemah, MET Malaysia memaklumkan bahawa pembentukan awan hujan masih aktif dan dijangka mencetuskan hujan lebat yang berterusan, angin kencang serta laut bergelora di beberapa kawasan terutama di Pahang dan Terengganu hingga pukul 29 November 2025.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan gangguan cuaca yang berpanjangan. MET Malaysia akan terus memantau situasi dan mengemas kini amaran sekiranya terdapat perubahan ketara,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai disaran berwaspada dengan perkembangan terkini cuaca melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca dan saluran media sosial jabatan tersebut.
Hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 turut dibuka untuk sebarang pertanyaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








