BERITA SEMASA
MET Malaysia keluar nasihat Lekukan Tropika
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.
Dalam satu kenyataan, MET Malaysia berkata, Lekukan Tropika itu dikesan pada pukul 11 pagi di kedudukan latitud 6.7 utara dan longitud 109.4 timur, kira-kira 518 kilometer ke barat laut Mukah, Sarawak.
“Ia bergerak ke arah timur laut dengan kelajuan 19 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 46km/j,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







