[VIDEO] NADI diiktiraf ITU, Malaysia jadi rakan pelaksana global ke-16
PUTRAJAYA – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dipilih sebagai pelaksana global ke-16 Pusat Transformasi Digital bagi Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-DTC).
Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pencapaian itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sebagai pengiktirafan terhadap usaha memperkukuh agenda transformasi digital negara melalui jaringan pusat komuniti digital.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut membangkitkan hasrat supaya pusat-pusat komuniti desa di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan diselaraskan aktivitinya bersama NADI dalam masa yang tidak terlalu lama,” katanya dalam sidang media mingguan, hari ini.
Langkah penyelarasan itu dijangka memperkukuh ekosistem digital di kawasan luar bandar serta meningkatkan keberkesanan program pembangunan komuniti secara lebih menyeluruh di peringkat akar umbi.
@malaysiatribune Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah MCMC dipilih sebagai pelaksana global ke 16 Pusat Transformasi Digital bagi Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU-DTC). Selain itu katanya, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan hasrat untuk melihat pusat-pusat Komuniti Desa di bawah KKDW akan diselaraskan aktiviti bersama NADI di bawah MCMC dalam masa tidak terlalu lama. malaysiatribune#fahmifadzil #malaysiatribunenews #trendingnewsmalaysia #beritatularmalaysia #beritaviral
Sehingga kini, terdapat 1,099 NADI telah beroperasi di seluruh negara dan memberi manfaat kepada lebih 1.9 juta rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















