BERITA SEMASADALAM NEGERIINISIATIF KERAJAAN

NADI Pulau Banggi perkasa akses digital luar bandar Sabah

KUDAT – Usaha memperkukuh keterhubungan digital luar bandar terus diperkasa apabila Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Banggi, di sini, semalam.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), lawatan tersebut bertujuan memantau perkembangan pusat berkenaan serta meninjau status keterhubungan telekomunikasi di kawasan sekitar, selain berinteraksi bersama komuniti setempat termasuk ahli Komuniti MADANI.

Jelas MCMC, NADI Pulau Banggi berperanan sebagai pusat komuniti digital sehenti di bawah yang menyediakan kemudahan capaian internet, latihan kemahiran digital dan akses maklumat kepada penduduk, khususnya di kawasan luar bandar.

“Fahmi turut meninjau kemajuan liputan telekomunikasi di Pulau Banggi yang menunjukkan perkembangan positif dalam memperluas rangkaian serta meningkatkan tahap keterhubungan di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga : WSIS iktiraf NADI sebagai projek digital berimpak tinggi Malaysia

Menurut kenyataan itu, teknologi Starlink yang digunakan di NADI Pulau Banggi membolehkan capaian Internet berkelajuan tinggi dengan minimum kelajuan melebihi 100Mbps.

Katanya, kemudahan tersebut turut dilengkapi ruang latihan serta perkhidmatan rujukan maklumat yang menyokong inisiatif dalam bidang ekonomi, pendidikan dan keusahawanan digital.

“Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh agenda pendigitalan negara, meningkatkan akses digital luar bandar serta merangsang pembangunan sosioekonomi komuniti setempat,” kayanya

Selain itu, inisiatif NADI Pulau Banggi, yang merupakan sebahagian daripada Projek Inklusif Digital NADI Malaysia turut menerima pengiktirafan antarabangsa, bukti iltizam kerajaan dalam memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada arus pendigitalan negara.

“NADI Pulau Banggi dinobatkan sebagai juara World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2025 bagi kategori C4: Capacity Building anjuran International Telecommunication Union (ITU) bersama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button