BERITA SEMASALUAR NEGARA
Sumatera Utara dilanda gempa, gegaran dirasai di Malaysia
KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat direkodkan bermagnitud 6.5 berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 12.56 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di di 2.7°U, 95.9°T pada kedalaman 57km.
“Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Bagaimanapun, jabatan itu memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








