LUAR NEGARA

Gempa bumi Maghribi: Angka kematian meningkat kepada 2,122

AMIZMIZ, Maghribi – Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi pada Jumaat lalu meningkat kepada 2,122 orang manakala 2,421 lagi tercedera.

Bagaimanapun, pihak Kementerian Dalam Negeri Maghribi pada Ahad menjangkakan, angka korban akan bertambah susulan operasi mencari dan menyelamat yang masih dilaksanakan, lapor agensi Xinhua.

Sementara itu, sebanyak 1,351 orang dilaporkan terbunuh di Wilayah Al Haouz, 492 di Wilayah Taroudant, 201 di Chichaoua, dan 17 di Marrakesh, menurut kenyataan kementerian itu.

Pada awal hari itu, penduduk Marrakesh memberitahu wartawan Xinhua bahawa gegaran susulan masih boleh dirasai.

Menurut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bencana itu telah menjejaskan lebih 300,000 orang di bandar lama purba itu dan kawasan sekitar.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Bulan Sabit Merah Maghribi (MRC) memaklumkan, situasi di lapangan menimbulkan cabaran besar kepada usaha mencari dan menyelamat, dan “penggunaan jentera berat ke kawasan terpencil di Pergunungan Atlas untuk membantu dengan itu menjadi keutamaan.”

Gempa bumi melanda Maghribi pada Jumaat sekitar 11:11 malam waktu tempatan (2211 GMT) pada kedalaman 18.5 km, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat USGS).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button