BERITA SEMASA
Gempa bumi lemah berlaku di Ranau
PUTRAJAYA – Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.1 telah berlaku di Ranau, Sabah pada jam 10.01 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), kejadian itu berlaku pada koordinat 6.0° utara dan 116.6° timur pada jarak 14 kilometer (km) barat dari Ranau dengan kedalaman 10 km.
“Gegaran mungkin dirasai sekitar Ranau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Met Malaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu dapat mengisi borang soal selidik di pautan ini https://forms.gle/PTpG6bkdD6EZB4F29.
Katanya, pihaknya akan terus memantau keadaan itu.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








