Gempa bumi 6.5 magnitud gegar luar Pantai Barat Sumatera Utara, gegaran dirasai di utara Semenanjung
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud dilaporkan berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada pukul 12.56 tengah hari, hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa tersebut berkoordinat di 2.0 darjah Utara dan 96.5 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa terletak kira-kira 112 kilometer tenggara dari Simeulue, Indonesia.
“Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan kawasan kawasan sekitarnya,” kata kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, agensi itu menegaskan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.
Sehubungan itu, orang awam yang merasai gegaran diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan bagi membantu pengumpulan data dan analisis lanjut.
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman rasmi MET Malaysia di mygempa.met.gov.my.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








