LUAR NEGARA

Gempa bumi kuat landa Tonga

KUALA LUMPUR – Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di Kepulauan Tonga pada pukul 4.47 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa itu, terletak 19.5 darjah selatan dan 174.5 darjah barat dengan kedalaman 138 kilometer (km) iaitu 752 km timur dari Laucala, Fiji.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button