BERITA SEMASA

Cuaca panas negara berkurang bulan depan

KUALA LUMPUR – Cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka berkurangan pada awal bulan depan sebaik Peralihan Monsun.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, fasa peralihan berlaku apabila terdapat perubahan arah angin daripada Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.

“Kebiasaannya corak tiupan angin akan membawa kepada aktiviti hujan ribut petir di sebelah petang dan kita jangka situasi ini akan mula berlaku menjelang awal April.

“(Cuaca panas dan kering) masih akan bertahan sehingga seminggu ke hadapan tetapi kita harap dengan ada banyak aktiviti hujan akan berlaku (pada fasa Peralihan Monsun) ini akan meredakan kembali suhu yang agak tinggi sekarang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maqrun Fadzli berkata, dalam menghadapi cuaca panas, orang ramai dinasihati untuk memakai pakaian yang bersesuaian dan selesa serta mengurangkan aktiviti luar bagi mengurangkan kesan terhadap suhu yang tinggi ketika ini.

Katanya, MetMalaysia sentiasa bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melakukan pembenihan awan bagi meningkatkan taburan hujan sekiranya terdapat keperluan dan sebarang maklumat akan diberitahu dari semasa ke semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button