BERITA SEMASA

MetMalaysia ramal cuaca lebih 35 darjah Celcius di beberapa tempat di Semenenanjung, Sabah

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari ke hadapan.

MetMalaysia dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini turut memaklumkan, di Sarawak, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga pagi.

Menurut hantaran itu, ramalan dibuat berdasarkan analisis model cuaca dengan penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak hingga 15 Mac ini.

Jabatan itu menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button