Gelombang haba: Enam kawasan di Semenanjung catat suhu lebih 37 darjah Celcius
KUALA LUMPUR – Cuaca panas terus melanda beberapa negeri di utara Semenanjung apabila enam kawasan kini berada pada Tahap 2 (gelombang haba) susulan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, kawasan terjejas melibatkan seluruh negeri Perlis, empat daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling serta Hulu Perak di Perak.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 13 kawasan lain kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh yang sama.
Di Kedah, kawasan terlibat ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Sementara itu, di Pulau Pinang melibatkan daerah Timur Laut dan Utara manakala di Perak pula merangkumi Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah.
Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian melalui laman web rasmi MET Malaysia serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








