BERITA SEMASA
Gempa bumi lemah gegar Keningau pagi tadi
KENINGAU – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Keningau, Sabah pada jam 9.31 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.3 darjah Utara dan 116.1 darjah Timur, kira-kira 10 kilometer (km) barat dari Keningau dengan kedalaman 10 km.
“Gegaran dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
METMalaysia berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan berikutan kejadian berkenaan.
“Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu turut diminta membantu dengan mengisi borang soal selidik yang disediakan METMalaysia bagi tujuan mendapatkan maklumat mengenai kesan gegaran,” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








