JENAYAH & MAHKAMAH

Banduan dituduh bunuh rakan dalam Penjara Marang

MARANG – Seorang banduan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh banduan lain dalam kejadian di Penjara Marang, Ogos lalu.

Menurut portal Kosmo, pertuduhan terhadap Che Mohd Nazzaruddin Che Ros, 36, dibacakan di hadapan Majistret Athirah Hashim dengan tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pendakwaan, Che Mohd Nazzaruddin didakwa membunuh Nor Mohd Helmi Sahari, 38, di Zon 2, bilik R10, Penjara Marang, antara pukul 8.45 pagi hingga 9.15 pagi, 24 Ogos lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika sabit kesalahan.

Kes akan disebut semula pada 10 Disember ini.

Sementara tu, dalam satu prosiding berasingan, dua lagi banduan, Mohd Fadli Che Mansor, 36, dan Nor Dhitauddin Afiq Norwadi, 22, didakwa secara bersama menyebabkan kecederaan terhadap Nor Mohd Helmi di lokasi dan masa sama.

Mereka bagaimanapoun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan selesai dibacakan di hadapan majistret sama.

Berdasarkan pertuduhan, keduanya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button