Polis tahan lelaki disyaki kerat tubuh kekasih kepada 65 bahagian
MOJOKERTO – Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan keratan jasad seorang wanita di kawasan Pacet-Cangar, Mojokerto kelmarin.
Menurut portal detik.com, suspek dikenal pasti sebagai Alvi Maulana,24, ditahan semalam kerana disyaki membunuh lalu mengerat bekas Tiara Angelina Saraswati,25, kepada 65 bahagian.

Susulan penahanan suspek, polis kemudian melakukan pemeriksaan ke atas bilik sewa yang didiami suspek bersama mangsa di Lakarsantri, Surabaya.
“Dalam penggeledahan itu, kami turut menemukan tulang dan serpihan tengkorak di sebalik laci almari yang dibungkus dalam plastik hitam,” kata jurucakap polis, AKP Fauzy Pratama.
Polis turut menemui beberapa barangan bukti utama, termasuk tukul dan pisau daging yang dipercayai digunakan untuk membunuh serta memotong jasad mangsa.
Menurut jurucakap polis, suspek telah mengaku membunuh Tiara kerana masalah peribadi yang menimbulkan pertengkaran hebat antara mereka.
Pembunuhan ngeri itu tercetus selepas seorang pencari rumput menemukan sepotong kaki manusia di semak samun, kelmarin.
Polis yang menjalankan siasatan lanjut di lokasi kemudian menemukan puluhan lagi potongan tubuh mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







