LUAR NEGARA

Suhu New Delhi cecah 49.9 darjah Celcius

NEW DELHI – Suhu di ibu negara India menjangkau rekod tertinggi iaitu 49.9 darjah Celsius.

Laporan Reuters menyebut, Jabatan Meteorologi India (IMD) melaporkan gelombang haba teruk, dengan rekod suhu lebih tinggi dicatat di dua stesen pinggir bandar Delhi di Narela dan Mungeshpur.

IMD menjangkakan suhu sama direkod hari ini untuk bandar dengan 30 juta penghuni itu, dengan notis amaran merah turut dikeluarkan untuk orang ramai lebih waspada.

Media tempatan India pada Mei 2022, melaporkan suhu di bahagian Delhi pernah mencecah 49.2 darjah Celsius.

Situasi itu memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai masalah kekurangan air di bandaraya berkenaan.

Pihak berkuasa New Delhi juga memberi amaran mengenai risiko kekurangan air, apabila ibu kota itu dilanda musim panas, mengakibatkan bekalan ke beberapa kawasan dipotong.

Menteri Air, Atishi Marlena merayu semua pihak bertanggungjawab menghentikan penggunaan air yang tidak perlu bagi mengelak pembaziran.

IMD turut memberi amaran mengenai kesan haba terhadap kesihatan, terutamanya bayi, warga emas dan pesakit kronik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button