BERITA SEMASA

Bahagian utara Semenanjung diramal dilanda ribut bermula esok hingga Ahad

KUALA LUMPUR – Bahagian utara Semenanjung Malaysia dijangka menerima ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ekoran penumpuan angin barat yang kencang bermula esok hingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di platform X memaklumkan, pembentukan garis badai di kawasan itu berpotensi mencetuskan cuaca buruk dalam tempoh lebih panjang.

Pada masa sama, MetMalaysia memaklumkan berdasarkan rujukan kepada Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC), bilangan titik panas masih kekal banyak di Kalimantan dan berpotensi mengakibatkan cuaca berjerebu serta jarak ketampakan rendah di barat Sarawak dalam tempoh ramalan.

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button