BERITA SEMASA

Sekolah terjejas akibat ribut dibenar laksana PdPR buat sementara – JPNS

SEREMBAN – Sebanyak 35 buah sekolah di Negeri Sembilan yang mengalami kerosakan akibat kejadian Ribut Tropika Senyar semalam, dibenarkan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) buat sementara.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kejadian itu membabitkan sekolah di empat daerah iaitu Tampin, Rembau, Seremban dan Port Dickson.

“Kerja balik pulih akan segera dilaksanakan sebaik proses penilaian tahap kerosakan selesai.

“Dalam tempoh ini, semua sekolah terjejas akan menjalankan PdPR,” kata kenyataan itu, hari ini.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan di semua sekolah terlibat.

“JPNS telah mengambil tindakan pantas untuk turun ke setiap lokasi terjejas bagi memastikan keselamatan warga sekolah dan untuk tujuan pemeriksaan awal,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button