Tiga sekolah terjejas akibat kebakaran akan segera dibaik pulih – KPM
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyegerakan kerja baik pulih tiga sekolah yang terjejas akibat kebakaran masing-masing di Perlis dan Selangor.
Tiga sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Melangit, Perlis yang terbakar pada Khamis lalu, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3, Bangi dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sungai Lang, Selangor hari ini.
“Tindakan segera sudah diambil untuk menyiasat punca kejadian dan melakukan penilaian kerosakan terhadap infrastruktur sekolah yang terjejas.
“Kerja baik pulih akan dilaksanakan segera,” menurut kenyataan yang dikeluarkan KPM, hari ini.
Dalam pada itu, KPM juga mengingatkan semua pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memastikan fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.
“Aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah perlu diberi keutamaan,” katanya.
Hari ini, stor peralatan sukan di SMK Jalan 3 Bangi musnah dalam kebakaran awal pagi tadi dan SBPI Sungai Lang turut gempar apabila bilik guru di sekolah itu terbakar.
Di SK Padang Melangit, lapan bilik darjah musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran dan menyebabkan seorang pekerja kebersihan swasta cedera melecur 30 peratus.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








