BERITA SEMASA

Kebakaran musnah 13 bilik bangunan sekolah di Besut

BESUT – Sebuah bangunan sekolah yang menempatkan 13 bilik musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Tok Dor, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jertih, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.13 tengah hari sebelum jentera tiba di lokasi kira-kira 26 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran membabitkan bangunan sekolah jenis sementara yang menempatkan pelbagai bilik termasuk bilik buku teks, bilik muzik, bilik koperasi, stor sukan, bilik kesihatan, bilik kemahiran hidup, bilik tayangan serta bilik transformasi sekolah.

“Bangunan berkenaan terbakar 100 peratus,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, seramai 15 anggota dari BBP Jertih dengan bantuan BBP Besut terlibat dalam operasi pemadaman.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.52 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang,” memetik Buletin TV3 online.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button