BERITA SEMASA

Bas dua tingkat musnah terbakar

KUALA LUMPUR – Sebuah bas dua tingkat Rapid KL musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Jalan Syed Putra menghala ke Jalan Klang Lama, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.06 pagi.

Berikutan itu, sebanyak enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dibantu BBP Seputeh dikerahkan ke lokasi kejadian bersama 16 anggota lain-lain pangkat.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah bas RapidKL telah terbakar di bahu jalan.

“Tindakan pemadaman kemudian dilaksanakan menggunakan salur bantu mula dari jentera untuk memadam kebakaran tersebut,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, bas tersebut musnah sepenuhnya dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kebakaran bas tersebut melibatkan 90 peratus kemusnahan dan tiada mangsa yang terlibat,” kata kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button