LUAR NEGARA
9 maut insiden tembakan di sekolah
GRAZ, Austria – Sembilan individu dilaporkan terbunuh dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di daerah Dreierschützengasse, hari ini.
Laporan Agensi Berita Austria (APA) yang memetik kenyataan Datuk Bandar Graz, Elke Kahr sebagai berkata, tujuh pelajar sekolah termasuk seorang dewasa dipercayai guru terbunuh dalam insiden itu.
“Penyerang, seorang lelaki yang belum dikenal pasti, turut terbunuh dalam kejadian itu,” kata Kahr.
Berdasarkan maklumat awal, kedengaran bunyi tembakan di sekolah tersebut.
Polis yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian bertindak mengepung kawasan tersebut.
“Situasi pada masa ini masih belum jelas sepenuhnya. Namun, ia berkemungkinan merupakan insiden amuk,” kata sumber polis kepada APA.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







