JENAYAH & MAHKAMAH

Kes tembak komander AKPS, 9 daripada 11 suspek dibebaskan

ALOR SETAR – Sembilan daripada 11 individu yang ditahan susulan kejadian tembakan terhadap kereta Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, telah dibebaskan.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, tujuh daripada suspek diberikan bon jaminan di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

“Enam daripada mereka dituduh di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, setakat ini dua suspek masih dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis masih meneruskan siasatan dan meneliti keterangan-keterangan bersabit insiden jenayah ini. Usaha membawa suspek yang bertanggungjawab dalam kes ini ke muka pengadilan masih diteruskan,’ katanya.

Kesemua 11 suspek yang ditahan berhubung kejadian itu terdiri daripada 10 lelaki tempatan dan seorang wanita Thailand berusia antara 22 hingga 60 tahun dengan semuanya ditahan di sekitar kawasan Bukit Kayu Hitam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button