LUAR NEGARA

Insiden tembakan gemparkan sekolah tinggi di Mindanao

MANILA – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa individu lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Nasional Banga di selatan Cotabato, wilayah Mindanao, petang ini.

Laporan BBC yang memetik sumber tempatan berkata, buat masa ini identiti penembak dan mangsa masih belum disahkan.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan tempatan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya amat prihatin terhadap kejadian tembakan yang dilaporkan itu.

“Keutamaan segera kami adalah keselamatan dan kesejahteraan pelajar, guru serta kakitangan sekolah,” menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyediakan sokongan yang diperlukan.

“Kami menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan sementara pihak berkuasa meneruskan siasatan,: kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Gabenor Selatan Cotabato, Reynaldo Tamayo memberitahu media bahawa seorang maut manakala empat lagi telah dihantar ke hospital.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai identiti penembak dan tidak menyatakan sama ada penembak itu antara mereka yang maut atau cedera.

Media tempatan pula melaporkan angka korban yang jauh lebih tinggi dengan memetik kenyataan pihak berkuasa Filipina yang lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button