BISNES & EKONOMI

Farm Fresh sumbang lebih 55,000 kotak susu kepada murid prasekolah di Kinta Utara

KINTA – Farm Fresh meneruskan sambutan Hari Susu Sedunia 2026 dengan menyumbangkan sebanyak 55,296 kotak susu UHT Farm Fresh Grow (Susu Rumusan) kepada murid-murid prasekolah di seluruh daerah Kinta Utara, Perak, hari ini.

Menurut Farm Fresh, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Farm Fresh dalam menyokong amalan pemakanan sihat sejak usia muda, selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengambilan susu dalam kalangan kanak-kanak.

“Program berkenaan juga selari dengan usaha berterusan membantu menangani isu malnutrisi serta menyokong pertumbuhan dan perkembangan generasi masa depan yang lebih sihat, cergas dan berdaya saing,” menurut kenyataan itu.

farm fresh
Murid-murid SK Meru Raya bersama guru, wakil Jabatan Pelajaran Negeri dan staf dari Farm Fresh bergambar bersama selepas majlis.

Terdahulu, program tersebut memberi manfaat kepada seramai 3,167 murid prasekolah daripada 67 sekolah di daerah berkenaan, dengan majlis sambutan peringkat daerah itu berlangsung di SK Meru Raya dengan penglibatan hampir 600 murid serta warga sekolah.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Fadilah Huwary, bersama pegawai Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Prasekolah dan Rendah, A’isah Mohd serta wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.

farm fresh
Sambutan Hari Susu Sedunia anjuran Farm Fresh di SK Meru Raya.

Dalam pada itu, menerusi Program Susu Sekolah, Farm Fresh turut melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk lawatan pendidikan School-to-Farm, dermasiswa pelajar B40 STPM, kelas tuisyen matematik, pengedaran susu percuma serta pelbagai lagi program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Baca juga : Farm Fresh sumbang susu, smartboard perkasa prasekolah di Pulau Pinang

Program di SK Meru Raya itu diadakan selepas sambutan Hari Susu Sedunia bersama orang ramai pada 1 Jun lalu menerusi pengagihan susu percuma di tiga lokasi sekitar Lembah Klang iaitu Bukit Bintang, Pasar Seni dan IOI City Mall, Putrajaya.

Sementara itu, Farm Fresh menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan kebaikan tenusu setiap hari kepada seluruh rakyat Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button