BERITA SEMASA

Garis panduan sedia ada isu alkohol di sekolah kekal – Fahmi

PUTRAJAYA – Tiada perubahan dibuat terhadap garis panduan berkaitan isu alkohol di sekolah.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan keputusan dibuat supaya amalan serta peraturan sedia ada dikekalkan tanpa sebarang pindaan.

“Jemaah Menteri telah diingatkan dan bersetuju bahawa garis panduan serta amalan yang ada sekarang kekal terpakai. Tidak ada sebarang perubahan.

“Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata, beberapa sekolah jenis kebangsaan, terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), mempunyai struktur pengurusan berbeza, termasuk yang ditubuhkan oleh Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak swasta.

“Oleh sebab itu, peraturan tertentu hanya terpakai kepada sekolah-sekolah berkenaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button