BERITA SEMASA

Fahmi gesa menantu Muhyiddin pulang bersihkan nama

PUTRAJAYA – Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil menggesa ahli perniagaan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya pulang ke tanah air bagi membersihkan namanya daripada dakwaan pecah amanah.

Fahmi berkata, tindakan melarikan diri ke luar negara hanya menimbulkan persepsi negatif terhadap integriti serta keberanian individu berkenaan untuk berdepan dengan proses undang-undang.

“Kalau benar tidak bersalah, baliklah dan bersihkan nama anda. Kenapa perlu lari kecuali kalau takut? Jadi, pulanglah dan berdepan dengan mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Beliau turut berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum ini memaklumkan beberapa agensi berkaitan telah membuat permohonan untuk membatalkan pasport Muhammad Adlan.

“Jadi sebelum ia dibatalkan, lebih baik beliau kembali ke Malaysia untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya lagi.

Sebelum itu, media melaporkan Muhammad Adlan yang menjadi buruan pihak berkuasa lebih dua tahun lalu dipercayai kini berada di luar negara dan menjalani kehidupan mewah di sebuah negara di Asia Barat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button