BERITA SEMASA

Blok pentadbiran SM Sains Alam Shah terbakar, musnah 100 peratus

KUALA LUMPUR – Blok pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, di sini, yang menempatkan bilik guru, bilik fail dan makmal musnah 100 peratus dalam kejadian kebakaran pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.15 pagi dan seramai 44 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran di tingkat satu melibatkan blok pentadbiran sekolah dengan hampir 100 peratus kemusnahan di lokasi.

“Ketika kami tiba di lokasi kejadian, hujan lebat dan angin kuat sekali gus membuatkan api sangat marak

“Api berjaya dipadam secara keseluruhan pada jam 6.20 pagi dengan bantuan Balai Bomba Bandar Tun Razak dan Balai Bomba Hang Tuah,” katanya memetik laporan Astro AWANI.

SM Sains Alam Shah terbakar
Keadaan blok pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah selepas kebakaran.

Mohd Azizi menambah, sebanyak tiga buah jentera, fire rescue tender, dua buah jentera water tanker dan 1 jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi.

Walau bagaimanapun, semua guru dan pelajar dilaporkan selamat manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM.

“Tiada mangsa yang terlibat manakala punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik kebakaran,” katanya

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button