BERITA SEMASADALAM NEGERI

Bot pukat terbakar, 25 awak-awak berjaya diselamatkan

IPOH – Seramai 25 awak-awak terselamat selepas bot yang dinaiki mereka terbakar di perairan Pantai Remis, kira-kira 3.5 batu nautika dari Pelantar Alep, malam tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis digerakkan ke lokasi.

“Kejadian membabitkan kebakaran sebuah bot pukat jerut jenis kelas C yang musnah terbakar 80 peratus, kira-kira 3.5 nautika dari pelantar berdekatan.

“Terdapat 25 awak-awak diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berdekatan lokasi kebakaran setelah terjun ke laut dan dibawa ke Pelantar Alep,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, hasil perbincangan dengan pemilik, bot tersebut yang mempunyai kapasiti 10,000 liter diesel sedia untuk dikaramkan dan sedang ditunda ke laut dalam dengan bantuan bot nelayan berhampiran.

“Operasi pemadaman diteruskan atas permintaan pemilik bot kerana memerlukan bangkai bot berkenaan.

“Ketua operasi mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki dua pancutan bersumberkan air terbuka dan pam angkut sehingga api dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button