LUAR NEGARA

Letupan di bar korbankan pengunjung sambut Tahun Baharu 2026

GENEVA – Beberapa individu  terbunuh apabila satu letupan menggegarkan sebuah bar di bandar peranginan ski mewah Alpine, Crans-Montana, kata polis Switzerland awal pagi tadi.

Beberapa orang terbunuh manakala yang lain cedera apabila satu letupan menggegarkan sebuah bar di bandar peranginan ski mewah Alpine, Crans-Montana, kata polis Switzerland awal Khamis.

“Berlaku satu letupan yang puncanya masih belum diketahui.

“Terdapat beberapa mangsa yang cedera, dan beberapa yang maut,” kata jurucakap polis bagi wilayah Wallis, Gaetan Lathion, kepada AFP.

Beliau menambah, letupan itu berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi (0030 GMT) di sebuah bar bernama Le Constellation, yang popular dalam kalangan pelancong, ketika orang ramai sedang menyambut kedatangan tahun baharu.

Imej yang diterbitkan oleh media Switzerland menunjukkan sebuah bangunan sedang marak terbakar, dengan pasukan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi berhampiran.

“Operasi menyelamat masih  dijalankan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button