Hujan, ribut petir diramal pada hari raya pertama, kedua
KUALA LUMPUR – Beberapa negeri dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang dan malam pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama dan kedua tahun ini.
Negeri berkenaan adalah Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sementara itu, negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Pahang dijangka mengalami cuaca cerah pada waktu pagi, namun berpotensi hujan di sebelah petang dan malam.
Dalam kenyataannya, MET Malaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca sepanjang musim perayaan untuk mengelakkan sebarang kesulitan akibat hujan lebat atau ribut petir.
“Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan informasi cuaca secara rasmi melalui laman web MET Malaysia di www.met.gov.my atau memuat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store.
“Selain itu, MET Malaysia turut menyediakan kemas kini cuaca menerusi saluran Telegram rasmi mereka di https://t.me/metmalaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
MET Malaysia juga berharap sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini berlangsung dengan selamat dan penuh dengan keceriaan bersama ahli keluarga tersayang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








