BERITA SEMASA

Lekukan tropika bawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora dikesan di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora berpotensi melanda negeri utara Semenanjung susulan pembentukan satu lekukan tropika pada jarak 202 kilometer di Barat Daya Georgetown, Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pembentukan satu lekukan tropika itu dikesan berada pada kedudukan Latitud 5.1° Utara dan Longitud 98.5° Timur pada jarak tersebut.

“Fenomena cuaca itu dijangka bergerak ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan sekitar 10 km/j, manakala kelajuan angin maksimum yang direkodkan boleh mencecah sehingga 56 km/j,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MetMalaysia memaklumkan keadaan berkenaan berpotensi membawa hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di negeri-negeri utara Semenanjung.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai, khususnya komuniti maritim serta penduduk di kawasan pesisir pantai untuk berwaspada terhadap perubahan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Katanya, MetMalaysia akan terus memantau perkembangan lekukan tropika itu dan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button