BERITA SEMASA

Luruan monsun: Hujan berterusan dijangka berlaku di utara, timur Semenanjung pada 16 hingga 19 Disember

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang akan melanda beberapa daerah di enam negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, selain Kuala Muda di Kedah amaran dikeluarkan itu turut meliputi kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bangan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Untuk Pahang pula, amaran hujan lebat dan ribut petir dikeluarkan bagi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Kuantan dan Pekan, manakala Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Di Sarawak pula membabitkan kawasan Samarahan (Simunjan), Betong (Pusa dan Betong), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Selain Labuan, di Sabah amaran cuaca sama dikeluarkan bagi kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod) dan Kudat.

Dalam pada itu, MetMalaysia meramalkan luruan monsun bermula 16 hingga 19 Disember ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di utara dan timur Semenanjung, selain selatan dan barat Sarawak, serta timur Sabah.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada) melibatkan utara dan timur Semenanjung berkuat kuasa tempoh sama.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button