BERITA SEMASADALAM NEGERI

Cuaca panas, kurang hujan di Semenanjung hingga 31 Januari – METMalaysia

KUALA LUMPUR – Cuaca panas serta kekurangan hujan diramal berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung, khususnya di bahagian utara, sehingga 31 Januari.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, ramalan itu berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca.

Beliau berkata, penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah, Labuan dan Sarawak bermula 29 hingga 31 Januari ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh berkenaan.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button