Treler bergesel punca kemalangan enam kenderaan
KULAI – Kemalangan yang melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 31.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Sedenak, di sini pagi tadi, dipercayai berpunca daripada pergeselan dua buah treler.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, kejadian pada pukul 8.50 pagi itu berlaku ketika treler dipandu lelaki berusia 29 tahun cuba memotong sebuah treler lain yang dalam perjalanan dari arah utara ke Johor Bahru.
BACA JUGA:
Pemandu treler maut kemalangan enam kenderaan
Siasatan awal mendapati, berlaku pergeselan yang mengakibatkan pelanggaran di bahagian kanan treler yang cuba dipotongnya itu sehingga menyebabkannya terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan.
Dalam masa yang sama, empat buah kenderaan iaitu sebuah pickup, sebuah van dan dua buah lori yang berada dibelakang kedua-dua treler berkenaan hilang kawalan lalu melanggar treler itu sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran.
“Dalam kejadian itu, seorang pemandu treler disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah namun semua pemandu dan penumpang lima lagi kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan.
“Pasukan Bomba dan Penyelamat Kulai serta Bandar Baru Kulai digerakkan bagi membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa sebelum dirujuk ke Hospital Kulai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Seng Lee lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jakan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat turut diminta tampil membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








