BERITA SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda lima negeri, sehingga 7.00 pagi ini.

Dalam satu kenyataan, MET Malaysia memaklumkan cuaca tersebut dijangka melanda beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di negeri Perak, jangkaan cuaca tersebut dikeluarkan bagi kawasan Hilir Perak, manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran cuaca sama juga meliputi seluruh Negeri Sembilan dan Melaka, serta beberapa kawasan di Sabah, iaitu Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button