BERITA SEMASA
Hujan tahap waspada dijangka berlaku di timur Semenanjung, Sarawak, Sabah, Labuan hingga 22 Disember ini
PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di timur Semenanjung, Sarawak, Sabah serta Labuan ketika luruan monsun yang dijangka berlaku sehingga 22 Disember ini.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang melibatkan timur Semenanjung berkuat kuasa sehingga 19 Disember 2024.
“Manakala amaran hujan berterusan (Waspada) di Johor, Sarawak dan Sabah berkuat kuasa pada 19 hingga 22 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu Met Malaysia menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasminya serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





