Operasi pembenihan awan tertakluk keputusan MetMalaysia
PUTRAJAYA – Operasi pembenihan awan khususnya di Sarawak masih tertakluk kepada keputusan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pemantauan ketika ini mendapati kelompok awan yang ada tidak sesuai untuk operasi berkenaan.
Tambahnya, perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
“Kelompok awan yang dikesan tidak sesuai, memaksa awan berada di Laut China Selatan. Kalau buat, hujan tidak akan turun di kawasan diperlukan. Operasi tertakluk kepada pandangan di MetMalaysia,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di Sarawak, selain Kedah dan Perlis bermula 3 hingga 5 September ini, susulan jerebu yang semakin teruk di negeri berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







