BERITA SEMASA

Belanjawan 2027: Fadhlina harap RM69 bilion beri manfaat kepada warga pendidikan

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berharap peruntukan RM69 bilion yang diterima Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Belanjawan 2027 dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi meningkatkan kemudahan sekolah dan memperkukuh kualiti pembelajaran murid.

Beliau berkata, peruntukan tertinggi yang diterima kementerian itu perlu disertai tanggungjawab besar untuk memastikan setiap ringgit dibelanjakan memberi manfaat kepada anak-anak serta seluruh warga pendidik.

belanjawan
Poster yang dimuat naik Fadhlina di Facebook beliau.

Menurutnya, keutamaan KPM adalah memastikan sekolah yang paling memerlukan terus diberi perhatian, selain meningkatkan kemudahan pendidikan dan memperkukuh kualiti pembelajaran.

“Di sebalik angka besar ini, ada tanggungjawab yang jauh lebih besar. Kita kena pastikan setiap ringgit yang diperuntukkan benar-benar memberi manfaat kepada anak-anak dan seluruh warga pendidik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Fadhlina turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen berterusan kerajaan terhadap pendidikan negara.

Beliau berkata, amanah yang diberikan menerusi peruntukan itu akan dilaksanakan sebaiknya demi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh golongan sasaran.

“Insya-Allah, amanah ini akan kita laksanakan sebaiknya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button