Bekas ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Legenda hoki Malaysia dan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Sarjit Singh, meninggal dunia pada jam 10 malam, tadi.
Sarjit menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkara itu dimaklumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan terdekat mendiang.
Sarjit dikenang sebagai bekas kapten dan pemain Olimpik negara selain pernah membimbing skuad hoki kebangsaan sebagai ketua jurulatih.
MHC berkata, dedikasi, khidmat serta sumbangan mendiang terhadap perkembangan hoki Malaysia, sama ada sebagai pemain mahupun jurulatih, akan sentiasa dikenang.
“Ucapan takziah kami yang tidak terhingga kepada keluarga dan insan tersayang. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi waktu sukar ini,” menurut MHC.
MHC turut mendoakan agar roh mendiang ditempatkan dalam kedamaian abadi.
Pemergian Sarjit merupakan kehilangan besar kepada arena hoki negara, khususnya atas jasa dan sumbangannya sepanjang perjalanan beliau sebagai pemain, kapten serta jurulatih skuad kebangsaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








