Itu bukan tandatangan Hannah Yeoh – SUA
KUALA LUMPUR – Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Ahmad Fazli Mohd Yadi menafikan Hannah Yeoh telah menandatangani satu dokumen mengenai perintah tahanan rumah membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi kenyataan ringkas di media sosial, beliau menegaskan tandatangan berkenaan bukan milik Hannah dan menyifatkan penyebaran dokumen terbabit sebagai fitnah.
“Saya menafikan bahawa itu tandatangan rasmi Hannah Yeoh dan jelas ini adalah fitnah semata-mata. Itu bukan tandatangan Hannah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa dalam masa terdekat berhubung perkara berkenaan.
Terdahulu tular di laman media sosial satu dokumen mengenai perintah tahanan rumah Najib yang didakwa ditandatangani Hannah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








