BERITA SEMASA

SEGULA Technologies rancang tubuh Pusat Kejuruteraan Global di Malaysia

NEW DELHI – SEGULA Technologies India merancang menubuhkan Pusat Kejuruteraan Global di Malaysia menjelang akhir 2026, sekali gus membuka peluang memperkukuh keupayaan kejuruteraan tempatan serta mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi.

Perkara itu antara hasil pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan syarikat kejuruteraan dan teknologi global berkenaan dalam rangka lawatan ke New Delhi.

Menurut Anwar, inisiatif berkenaan turut dijangka memberi tumpuan kepada pengambilan bakat tempatan serta penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor automotif, aeroangkasa, tenaga dan pembuatan termaju.

“Dalam perkembangan berkaitan, pertemuan bersama wakil DRB-HICOM dan rakan strategiknya turut membincangkan peluang memperluas kerjasama dengan industri automotif di India,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Sementara itu katanya, AWL Agri Business Limited, antara syarikat utama sektor perniagaan tani India, menyatakan minat untuk meningkatkan pembelian produk daripada pembekal Malaysia.

“Syarikat itu sebelum ini mengimport produk minyak sawit Malaysia bernilai kira-kira RM1.5 bilion, selain terdapat potensi memperluas kerjasama dalam minyak sawit, lemak khusus, oleokimia dan produk hiliran lain.

“Pertemuan bersama Motherson Group pula membincangkan perancangan syarikat itu untuk mengembangkan perniagaan teknologi maklumat dan penyelesaian digital di Malaysia,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button