BERITA SEMASA

Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi rawat hernia perut

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), hari ini.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur berkenaan berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Menurut beliau, Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

“Perdana Menteri, telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut.

“Prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan sepanjang tempoh pemulihan bagi memastikan keadaan kesihatan Perdana Menteri berada pada tahap baik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button