BERITA SEMASA

KPM semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri minggu depan.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, ketetapan mengenai struktur pemilikan pusat tuisyen telah diperincikan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.

Menurut kementerian itu, pihaknya mengambil maklum pelbagai pandangan yang dibangkitkan berhubung ketetapan berkenaan dan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak.

“KPM berpandangan bahawa ruang pendidikan perlu kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan dan pembelajaran anak-anak Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, KPM berkata cadangan semakan terhadap ketetapan struktur pemilikan pusat tuisyen akan dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, kementerian menghargai sumbangan pengusaha pusat tuisyen selama ini dalam membantu pembangunan pendidikan negara.

“KPM akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button