BERITA SEMASA

Agong perkenan tamatkan darurat di seluruh Bahagian Serian

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini memperkenan penamatan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak yang sebelum ini diisytiharkan susulan keadaan jerebu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan perkenan itu dibuat selepas Seri Paduka Baginda mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pandangan Premier Sarawak serta laporan agensi berkaitan.

Menurut kenyataan itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bahagian Serian kini tidak lagi berada pada paras bahaya.

Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya apabila bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat.

“Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah selain sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

Pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian sebelum ini dibuat susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara serta kesihatan dan keselamatan penduduk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button