PM doakan Ustaz Wadi Annuar segera sembuh
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar segera sembuh selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik, Perak, awal pagi tadi.
Anwar turut berharap segala urusan rawatan pendakwah itu dipermudah serta dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berkenaan.
“Mendoakan Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik awal pagi tadi.
“Moga Allah SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat Ustaz dalam menempuh ujian ini.
“Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, satu hantaran di laman Facebook milik pendakwah berkenaan memaklumkan beliau bersama beberapa kakitangannya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan di Gerik.
Hantaran itu turut memohon orang ramai mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua yang terlibat.
Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz Wadi dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Gerik selepas mengalami kesakitan di bahagian perut dan dada, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai kemalangan itu masih belum dapat dipastikan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








